Friday, March 11, 2011

Jarang Online Bila Dekat Rumah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah akhirnya sampai rumah petang tadi. siapa ambik??? tettttttttt..
cuba teka. tak tahu, kecian laa korang tak tahu. dia adalah seorang lelaki yg gagah, handsome, kuat dan rajin mencari duit. dia adalah ayah aku laa. owhhh korang mesti ingat pakwe kan. uishhh no no no. 


Sampai-sampai je rumah kena jaga ank buah. tidurkan dia, tkar pampers dia, bg susu. nasib baik tak banyak ragam cuma tulaa suka betol meniarap sampai susah nk pakaikan dia pnya pampers, maklumlaa sekarang suda gagah lagi kuat untuk meniarap sampai dok buaian pun nak meniarap. tak apa la practice untuk masa hadapan, nanti senang. huhu. suda fikir masa hadapan laa plak.


Korang nak tahu tak. akukan kalau balik memang tak suka online dan jarang online. kalau dekat kolej memang asyik online laa yelaa bosan kot macam duduk dekat dalam gua yang tak ada orang lagipun tak ada aktiviti yang nak dibuat lago-lagi sekarang, yelaa assigment tak dapat-dapat lagi. dapat pun suruh buat sajak. aishh pelik betul suruh buat sajak dan nanti kena bentangkan. tak apa tak apa akan aku banyak karut mengarut dalam ini sajak. yelaa mana pernah laa aku buat sajak. sekadar ayat berpuitis berbunga-bunga berawang-awangan tu pandaila.


Lagipun masa macam nie laa yang aku dapat meluangkan masa bersama family kecintaan hatiku ini. bila lagiikan nak meluangkan masa bersama. tak kan asyik nak online je 24 jam karang kecik hati pulakk. hah kan dah susah. kalau dekat kolej tu meluangkan masa dengan buku-buku yang bertimbun-timbun bergunung-gunung yang tinggi-tingginya macam gunung everest gitu dan dengan kawan-kawan kecintaan hati ini. kenalaa pandai bahagikan. keluarga didahulukan bukan online didahulukan.


Kenapa aku tak online dan jarang online?? aku nie tak menggunakan wireless cuma bergantung penuh dengan en.bokben kesayangan nie jelaa. kalau aku online pun kekadang tak lama dan line kekadang sangat laa limited edition. selain itu, dekat rumah banyak keje yang aku buat. aku juga dapat menghabiskan sisa-sisa masa dengan manfaatkan diri dengan menonton cerita idaman dan pujaan hati ini. kalu dekat kolej tak dapat, kalau nak tengok pun dekat you tube yang mengambil masa keloadingan yang sangat lama yang mendapat tajaan dari en.bokben ini. kalau cuti sem pun aku akan keje lagilaa tak ada masa nak online.


Disebabkan ini laa facebook aku akan berhabuk untuk beberapa hari sampai ada kekadang kawan-kawan yang post dekat wall aku akan tepon bertanya kenapa tak balas dan aku pun dengan gagahnya menerangkan. dan kekdang dengan immediately nya aku pun mengaktifkan diri ini dengan online dan membalas komen-komen yang ada. kecian dengan kawan-kawan aku nie yang menunggu aku komen.


p/s: korang macam aku tak???


Terima kasih sudi baca =))
terima kasih awak sudi baca dan terjah ke sini.

No comments:

Post a Comment