Monday, October 17, 2011

Pelik

Assalamualaikum..

 Pelik ya..duit 50  kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak masjid,
Tetapi begitu kecil apabila dibawa ke supermarket.

# Pelik ya...30 minit itu terasa begitu lama untuk berzikir,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.

# Pelik ya.. betapa lamanya berada 1 jam di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

# Pelik ya.. tak sampai 30 minit dengar khutbah dah rasa jemu,
Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun di ulang 2,3 kali.

# Pelik yaa..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

# Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun facebook, Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah, berfikir dua tiga kali.


Inilah dikatakan lumrah kehidupan.. Sekadar renungan bersama.. nasihat untuk diri sendiri juga.. marilah kita muhasabah diri dan semoga qalbu kita sentiasa utuh dan dekat dengan-NYA. ingatlah kita hidup dekat dunia ni hanya pinjaman semata-mata sebab semua yang ada di dunia ni sume kepunyaan ALLAH SWT. Jangan pernah bangga dengan apa yang miliki sekarang tapi sepatutnya bersyukur kerana ALLAH yang mengurniakannya..

wallahua'lam...

terima kasih awak sudi baca dan terjah ke sini.

No comments:

Post a Comment